Ikan di laut asam di darat
Masak gulai rencah serunding
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin duduk bersanding
Masak gulai rencah serunding
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin duduk bersanding
Telah kita ucapkan janji dalam ijab kabul sebagai pengayuh biduk nasib
dari benih kemerlip bintang, sepanjang pelayaran penuh gelombang.
dari benih kemerlip bintang, sepanjang pelayaran penuh gelombang.
Telah kita ucapkan janji dalam ijab kabul yang kau rajut dari sambungan rambutmu dan rambutku, sepanjang pagi sepanjang malam.
Telah kita ucapkan janji dalam ijab kabul ketika seekor kupu-kupu
menyelinap di bantal mimpimu semalam
menyelinap di bantal mimpimu semalam
Telah kita ucapkan janji dalam ijab kabul ketika daun-daun tidur
dan kita pun mengekalkan jeritan manis amat sunyi dalam setiap amin
dan kita pun mengekalkan jeritan manis amat sunyi dalam setiap amin